Tuesday, March 1, 2011

10 Tips Penulisan Blog

Saya nak kongsi sikit 10 tips yang banyak membantu saya dalam penulisan blog ni..


1. Buat pembaca faham pendapat kita
Blog kini mendapat perhatian ramai pengunjung terutama dari kalangan pelajar dan segelintir orang luar. Ini kerana penulisan blog ini tidak berformat dan ditulis dengan gaya penulisan pemilik blog itu sendiri. Penulisan yang ringkas dan mudah difahami. Penggunaan kata-kata yang agak santai dan menarik minat pembaca untuk terus membaca. Lagipun pembaca lebih gemar membaca isi yang tidak terlampau panjang. Lebih mudah jika hanya gunakan dialog.

2. Link yang agak gila-gila
Link yang kita buat mestilah dapat menyokong post kita dengan laman web yang lain di mana saling berhubung dengan post kita.

3. Penulisan yang ringkas dan padat
Cuba untuk memberikan sebanyak maklumat yang boleh tapi kurangkan penggunaan perkataan yang tidak penting dan hanya memanjangkan point yang kita hendak sampaikan. Pembaca akan bosan dan mungkin akan terus tutup laman itu. Masa itu mungkin penting bagi sesetengah pembaca yang sibuk. Sampaikan maklumat kepada pembaca dengan cara yang mudah dengan ilmu yang kita ada.

4. 250 patah perkataan sudah mencukupi
Post yang terlampau panjang agak sukar diingati dan sukar untuk mencari point yang ingin disampaikan. Sebaliknya jika post itu pendek dan ringkas. Mudah difahami.

5. Tajuk yang menarik
Tajuk post kita mestilah mantap dan hot. Tajuk post saling berhubung dengan isi post kita. Jadi carilah keyword atau tajuk yang menarik. Secara tidak langsung isi kita dapat disampaikan kepada pembaca.

6. Letakkan senarai atau pananda
Dengan cara menyenaraikan point adalah lebih kemas dan teratur. Mudah diingati dan difahami.

7. Post yang mudah untuk dibaca
Cuba elakkan meggabungkan banyak-banyak point dalam satu perenggan. Setiap point perlu diasingkan untuk lebih mudah difahami dan tidak bercampur-aduk.

8. Kekalkan cara penulisan anda
Ini untuk mengelakkan pembaca setia blog anda terus setia dan tidak berpaling kepada blog yang lain.


9. Selitkan keyword dalam post anda
Cuba fikirkan keywords yang orang selalu search di internet untuk dapatkan maklumat. Pastikan keyword tersebut adalah perkataan asal dan tidak tersasar dari maksud.

10. Kemaskini post anda
Sebelum anda paparkan post anda, pastikan anda semak isi post tersebut dan padam yang mana tidak diperlukan.

2 comments: