Wednesday, March 16, 2011

Aku?Kau?Dia? Hanya Kerana Arak..

Kisah ini berlaku pada zaman sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w.,, seorang pemuda yang sangat kuat beribadat telah difitnah oleh seorang perempuan pelacur yang jatuh hati kepadanya.

Helah perempuan itu dengan menyuruh orang suruhannya mengajak pemuda itu ke rumahnya telah berjaya hanya atas alasan ingin menyampaikan suatu hajat penting. Apabila pemuda tersebut masuk ke dalam rumahnya, perempuan itu segera mengunci pintu. Di dalam rumah itu ada seorang bayi kecil dan sehidangan arak.

Lalu perempuan itu berkata : “Aku beri kamu 3 pilihan ; berzina denganku, bunuh bayi ini atau minumlah arak ini. Sekiranya kamu enggan, aku akan menjerit dan memberitahu orang ramai bahawa kamu telah memperkosaku dan bayi ini adalah anakmu.”

Melihat kesungguhan pelacur ini, pemuda itu terpaksa memilih salah satu pilihan itu. Dia telah memilih untuk meminum arak kerana baginya ia adalah dosa kecil/paling ringan. Membunuh bayi dan berzina melibatkan orang lain, tetapi meminum arak hanya melibatkan dirinya sahaja untuk bertaubat, pada pandangannya.

Akhirnya pemuda itu pun meminum arak itu sehingga mabuk dan ketika mabuk dia berzina pula dengan pelacur yang hina itu. Selepas itu, tanpa kewarasan akal fikirannya, dia telah bertindak membunuh bayi itu.


Kisah ini diriwayatkan oleh Imam Abdul Razzaq dalam Kitab Al-Musannaf, no.17060 dan Ibn Hibban, no. 5348.

Arak adalah ibu segala maksiat. Bukan sahaja menyebabkan masalah kesihatan tetapi juga mendorong manusia untuk melakukan maksiat yang lebih besar.

3 comments: