Wednesday, March 16, 2011

Petua-petua Doa Makbul


  1. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah
  2. Memulakan dengan pujian kepada Allah, diikuti dengan selawat ke atas Nabi s.a.w.
      Sekurang-kurang kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah Alhamdulillah dan        
      Wassalatu wassalamnala Rasulillah.
  3. Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi s.a.w. juga
  4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada
      penerimaannya oleh Allah s.w.t.       
  5. Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri
  6. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua tangan
  7. Berdoa dengan sabar menanti untuk dimakbulkan Allah
  8. Sentiasa berdoa pada setiap masa, sama ada ketika senang atau susah
  9. Tidak berdoa tentang perkara keburukan seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain
10. Tidak berdoa pada tempat maksiat
11. Merendahkan suara
12. Berdoa dengan mengulangkan Ya Rabb sebanyak 3 kali
13. Menghadap ke arah kiblat
14. Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika berdoa
15. Berdoa dalam keadaan berwuduk
16. Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum memohon hajat
17. Tidak bersajak dalam berdoa
18. Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat dengan makna
19. Menyeru Allah s.a.w. dengan nama-nama-Nya yang mulia
20. Makanan dan minuman mestilah dari sumber yang halal
21. Hendaklah melakukan al-amru bil ma'ruf wan nahyi anil munkar
22. Hendaklah mendoakan untuk diri sendiri sebelum mendoakan untuk orang lain
23. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan ibu jari
24. Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa
25. Mengaminkan doa yang dibacakan

Aku?Kau?Dia? Hanya Kerana Arak..

Kisah ini berlaku pada zaman sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w.,, seorang pemuda yang sangat kuat beribadat telah difitnah oleh seorang perempuan pelacur yang jatuh hati kepadanya.

Helah perempuan itu dengan menyuruh orang suruhannya mengajak pemuda itu ke rumahnya telah berjaya hanya atas alasan ingin menyampaikan suatu hajat penting. Apabila pemuda tersebut masuk ke dalam rumahnya, perempuan itu segera mengunci pintu. Di dalam rumah itu ada seorang bayi kecil dan sehidangan arak.

Lalu perempuan itu berkata : “Aku beri kamu 3 pilihan ; berzina denganku, bunuh bayi ini atau minumlah arak ini. Sekiranya kamu enggan, aku akan menjerit dan memberitahu orang ramai bahawa kamu telah memperkosaku dan bayi ini adalah anakmu.”

Melihat kesungguhan pelacur ini, pemuda itu terpaksa memilih salah satu pilihan itu. Dia telah memilih untuk meminum arak kerana baginya ia adalah dosa kecil/paling ringan. Membunuh bayi dan berzina melibatkan orang lain, tetapi meminum arak hanya melibatkan dirinya sahaja untuk bertaubat, pada pandangannya.

Akhirnya pemuda itu pun meminum arak itu sehingga mabuk dan ketika mabuk dia berzina pula dengan pelacur yang hina itu. Selepas itu, tanpa kewarasan akal fikirannya, dia telah bertindak membunuh bayi itu.


Kisah ini diriwayatkan oleh Imam Abdul Razzaq dalam Kitab Al-Musannaf, no.17060 dan Ibn Hibban, no. 5348.

Arak adalah ibu segala maksiat. Bukan sahaja menyebabkan masalah kesihatan tetapi juga mendorong manusia untuk melakukan maksiat yang lebih besar.

Monday, March 14, 2011

Jom Join Heartbeat Ramai-Ramai!!!!!!!!!!

Heartbeat/nuffnang/churpchurp... Semua same je.. Income SYIOKKK je tau.. Join free je.. Saya da join lame tapi xtau macam mane nak dapat code banner.. tapi lepas tgk tutorial dari Budak Kacamata ni tros tau mane nak dapat code tu.. hik3..

JOM LAYAN TUTORIAL KAT BAWAH NI......

Tapi sebelum tu klik dulu ye my heartbeat banner ni ye..


thanks sebab da sedekah 4 sen kat saya..

Kat bawah ni adalah bukti yang saya ambil dari MamaZharfan sebagai pemberi semangat..


saper nak bagi duit free2 kan..so far me dh berjaya mengumpul RM 428.16 tu --me dh cash out 3 kali so far..me request cash out manual ie via email ajer, duit direct masuk dlm akaun maybank me, cepat and hassle free!! tp kalau nak request cek pun boleh jer..me lagi suka direct bank transfer) 2 minggu jer tau prosesnya utk HB bank in duit dlm akaun :) beshh sbb cepat :)

uolls yg dh join HB, MESTI promo2 agar ur frens/readers/followers register bwh u..
bkn ala...free registration ajer pun..bkn kena bayar ke apa pun utk register, then tepek jer banner kat blog masing2..tak kuar duit satu sen pun, tp sebaliknya, akan mula dpt duit bila org click and income masyukkk bila org register lps click ur banner..

gliterati nuffnang? ooo, jgn risau, tak affect pun, not at all, 100% me guarantee!! me dh tanya Nuffnang direct pun!! no worries ok!! Heartbeat bukan competitor Nuffnang pun, sbb HB jual brg2 souvenir, bukan advertising company mcm Nuffnang or innity(pakcik hijau) etc.

uolls yg belum register, ni me copy paste full tutorial, me amik dari blog Budak Kacamata

Tutorialnya:

1. Sila kila banner di bawah untuk REGISTER FREE.



Then,


2. Klik Icon Hearbeat seperti yang me bulatkan tu


3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat berkenaan


4. Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klik continue


5. Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah diatas



6. Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan diatas)
then isi kesemua maklumat yang diperlukan


7. Masukkan maklumat mengenai Blog anda (seperti contoh borang diatas)


8. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda...
then klik continue


9. Klik My HB!Affiliate untuk mendapatkan code iklan heartBeat

10. Klik GET A CODE (seperti lampiran diatas)


11. Copy Code2 yang anda kehendaki(bertanda merah bulat), ada 4 code untuk iklan Heartbeat
(seperti lampiran yang bertanda kotak merah blah atas)--setaip code adalah unik/tak sama utk setiap member heartbeat tau (mcm nuffnang punya code gaklah)

AFTER THAT TUTORIAL UNTUK PASTE CODE KE DALAM BLOG


1. Pi Kat Design


2. Klik Add A Gadget


3. Klik add HTML/JAVA SCRIPT then save, ulangi cara yang samauntuk letak ketiga2 iklan berkenaan



4. Akhir sekali DRAG gadget berkenaan ke kedudukan yang dikehendaki...


done!!

selamat berheartbeat uolls!!

jgn kedekut utk u click me i click u, sbb HB memang based on click2 yer--tak de isu fraud click!
let's say, kalau 100 org click ur HB banner everyday, dh dpt RM4, kalau sebln ---RM4 X 30 days =RM120 kan..tak ke byk tu...., as side income from blogging, other than Nuffnang :)
free money babe, takkan tak nak :p

Saper2 yang klik my HB sila mention kat Shoutbox ye..

NOTE : saper2 yg nak copy full tuto (entry ni) utk promo HB kat blog masing2, silakan yer. just mention/backlink to my blog ajer :) sbb me sgt2 paham, tanpa full tuto entry, agak susah nak convince org utk join HB :)

Sunday, March 13, 2011

Arak Punca 10 Golongan Dilaknat

1. Pembuat arak
2. Pengedar arak
3. Peminum arak
4. Pemakan wang hasilnya
5. Penjual arak
6. Penuang arak
7. Pembawa arak
8. Pengirim arak
9. Pembayar arak
10. Pemesan arak

Di Sebalik Tsunami Di Jepun

Kekuasaan Allah




Semuanya semakin nyata menunujukkan tanda-tanda hari kiamat.
Beberapa ayat dalam 3 surah di bawah juga terdapat bukti-bukti yang amat nyata.
Renungkanlah....


Ertinya:
Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya(yang dahsyat),(Q.S. Az-Zalzalah: 99:1)

Orang-orang kafir bertanya-tanya tentang hari hisab. Mereka berkata: "Kapan datangnya Hari Kiamat itu?" dan lain-lain pertanyaan mereka. Lalu Allah menjelaskan dalam surah ini tanda-tanda Hari Kiamat, agar mereka mengetahui bahwa tidak mungkin menentukan waktu datangnya hari tersebut, saat manusia seluruhnya dikumpulkan di hadapan Allah SWT untuk ditentukan siapa-siapa yang berhak mendapat azab dan siapa pula yang harus mendapat pahala.

Dalam ayat ini Allah mengungkapkan bahawa bumi bergetar dan bergoncang sedahsyat-dahsyatnya, sebagaimana diterangkan dalam ayat lain dengan firman Nya:


Ertinya:
Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan Hari Kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat) (Q.S. Al-Hajj: 1)
dan firman-Nya:


Ertinya:
Apabila bumi diguncangkan sedahsyat-dahsyatnya. (Q.S. Al-Waqi'ah: 4)
Keterangan ini menunjukkan tentang dahsyatnya keadaan ketika itu, dimaksudkan untuk menarik perhatian orang-orang kafir agar mereka memikirkan dan merenungkannya. Seakan-akan dikatakan kepada mereka apabila bumi sebagai benda padat bisa bergetar dengan dahsyat pada hari itu, maka mengapakah kamu sendiri tidak mau sadar dari kelalaian dengan meninggalkan kekafiranmu.

Saturday, March 12, 2011

Pengakuan Berani Seorang Wanita !!!!

Pengakuan wanita tersebut..~


"U nak tahu tentang couple check in hotel bajet?Lucunya soalan tu. Ala bro.. jangan kolotlah. Cuba tanya perempuan mana tak suka check in. Dia orang tu saja2 nak test first time. Terus terang i cakap, i dah tak ada dara! ala, standardlah zaman sekarang ni bro. I dulu 1st time dengan BF I. I bukan nak sangat masa tu tapi dia yang nak lebih-lebih. I pun tengah tunggu peluang juga. Maklumlah, banyak terpengaruh dengan cerita lucah."

"Buat apa hilang dara nak menyesal? ala, kita hidup sekali. Benda seronok buat apa nak menyesal. I dah mula dapat feel, tapi BF I pula tinggalkan I. Mungkin dia dah dapat perempuan yang lebih baik. I tak kisah pun tiada jodoh dengan dia. I boleh cari yang lain. I pakai seksi sikit, muka licin sikit pasti lelaki tak nak lepas. Tak lama, seminggu lepas tu, I dah dapat BF baru. 3 hari berkenalan, i check in hotel dengan dia."

"I saja buat macam tu sebab kalau bercinta tanpa check in, ibarat macam tin kosonglah. Takkanlah sekadar pegang tangan, karaoke, main boling je. rata-rata rakan I kebanyakannya dah tak ada dara. Perkara ini bukan perkara yang aneh dan pelik. Kami dah anggap perkara ini biasa bagi pasangan yang hot bercinta. I dah beberapa kali mengandung tapi lepas tu I dah BF I gugurkanlah. I ada scandal dengan laki orang, Dapat juga check in seminggu sekali kecuali masa i period tapi, kami buat ringan-ringan je."

"Alah, sebelum I kahwin, apa salahnya I buat macam ni. Lagipun I bukan buat jenayah pun. Lagi satu i nak cakap, jangan ingat semua perempuan yang bertudung tu baik sangat. Kononnya alim, pemalu, pandai jaga maruah. Saya akui ada yang baik dan pemalu, tapi bukan semua. Segelintir sahaja. Bila hujung minggu, BF datang ambil dan check in hotel. Apa bezanya? Nama saja bertudung, sembahyang tak tinggal, tapi~~,..."

"Senang cakap, kalau dah bercinta tu, tak sah kalau tak check in kat hotel bajet. Dah jadi perkara biasa dah kat KL ni. Apa nak hairan, budak2 sekolah menengah pun ramai dah check in, ramai tak da de dara!"

Astagfirullahalazim..Sampai mcm tu sekali pengakuan wanita tersebut. Aku terkejut membaca artikel ini. Tak sangka maruah mudah digadai. Yelah, tepuk tangan sebelah takkan berbunyi. Kalau kedua-dua pihak tak setuju, takkan jadi bukan?.. Soal dosa pahala ditolak tepi..Nauzubillah!

Sumber : nuraizuddin

Thursday, March 10, 2011

Cintakah Dia??

 
Aku slalu menganggap dia cintakan aku.. Tapi knpe begini akhirnya?? Salah aku ke?? Dia? Atau orang lain?? Tu la dulu mak dah cakap mak x suke kalau kamu berkawan dengan budak ni.. Tengok skang sape yang susah?? Semua susah.. Macam tu ke cinta kalau kaki dan tangan hinggap ke muka?? Korang rase?? Kalau awal2 dia dah buat mcm tu lebih baik tinggalkan.. Knpe ade segelintir pasangan yang still sayang walaupun diperlakukan sebegitu?? Cinta kadang-kadang boleh buat seseorang tu buta.. Pelikkan cinta zaman moden ni.. Sanggup dicederakan dan diseksa sebab sayang.. Korang mesti ade tengokkan video pasangan yang kene sepak terajang tu.. Hmm.. Ape la nak jadi.. Pikirlah sebelum dia menjadi pasangan hidup korang.. Tapia de perkare yang lagi penting, jangan menggabaikan ibu bapa korang.. Jage perasaan diorang.. Setiap ape pesan mereka ade gunanye.. Hubungan yang x direstui ibu bapa sama seperti dimurkai oleh Allah.. Mungkin ade yang dah merasai hubungan yang dimurkai Allah tu kan (mungkin je la).. Mesti time tu baru korang sedar betapa Allah lagi menyayangi korang daripada pasangan masing2.. Cinta pada Allah adalah Agung dan Indah.. Percayalah mencintai Allah akan membuat perjalanan hidup kita lebih indah dan bermakna.. Cinta Allah adalah kekal..

Wednesday, March 9, 2011

Mati Muda Akibat Obes


Kepada sesape yg selera makannye teramat tinggi dan melampau-lampau, eloklah dikawal dari awal.. Jangan makan ikut nafsu je.. Sampai sehari 4-5 kali.. Kalau metabolisme tinggi takpe.. Makanan cepat hadam.. Untuk umat Islam, terdapat pelbagai sunnah rasulullah dalam cara berdiet ni.. Cara pemakanan yang sihat dan mudah..

Dari berita yang saye bace, seorang anak muda yg menjalankan perniagaan telefon bimbit menghadapi masalah selera makan yang melampau.. Jumlah makanan yg diambil dalam sehari terlampau banyak.. Pada usianya mencecah 28 tahun, dia telah disahkan mati apabila menghadapi masalah obesiti dengan berat badan 257 kg dan terus mengundang masalah kesihatan yang lain..


Tuesday, March 8, 2011

12 Rupa dan Wajah Manusia Di akhirat

*1-11 mereka adalah golongan yang ditempatkan di neraka dan yang ke-12 adalah golongan yang ditempatkan di syurga.



1. TIDAK BERKAKI DAN BERTANGAN
    Mereka adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jiran

2. MENYERUPAI BABI HUTAN
    Mereka adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat

3. BERBENTUK KELDAI
    Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat (perutnya besar seperti
    gunung, dipenuhi ular dan kala jengking)

4. MENGELUARKAN DARAH
    Mereka adalah orang yang berdusta di dalam berjual beli

5. BERBAU BUSUK SEPERTI BANGKAI
    Mereka adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui
    oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT

6. KEPALA TERPUTUS
    Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu

7. MULUT BERNANAH DAN BERDARAH
    Mereka adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran

8. KEPALA KE BAWAH DAN KAKI KE ATAS
    Mereka adalah orang yang melakukan zina

9. BERWAJAH HITAM, BERMATA BIRU DAN PERUT PENUH API
    Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang bukan
    sebenarnya

10. BERPENYAKIT SOPAK DAN KUSTA
      Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya

11. MATA BUTA DAN GIGI PANJANG SEPERTI TANDUK LEMBU
      Mereka adalah orang yang meminum arak

12. WAJAH BERSINAR LAKSANA BULAN
      Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka
      menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat 5 waktu, ketika meninggal
      dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Mereka juga mendapat keampunan ,
      kasih sayang dan keredaan Allah Yang Maha Pengasih

Sunday, March 6, 2011

Cara Untuk Menjadi Blogger Hebat


1.       Menghargai pengunjung/pembaca blog anda
Apa maksudnya??? Kita sebagai pemilik blog, kita harus menyediakan ruang untunk pembaca/pengunjung bertanya soalan.  Kita mesti menjawabnya dan memberi dorongan kepada pembaca blog anda. Ini akan mewujudkan komunikasi dua hala antara anda dan pembaca.

2.       Jangan meniru hasil kerja orang lain
Kita boleh lihat kebanyakan karya penulis blog baru, mereka suka menciplak/meniru karya blogger lain. Jika ingin melakukan sedemikian, anda haruslah meminta izin daripada pemiliknya atau  nyatakan dari sumber mana anda mengambilnya. Ini akan membantu anda untuk menjadi seorang blogger yang hebat.

3.       Promosi blog anda
Untuk meningkatkan trafik blog anda, anda haruslah mempromosi blog anda. Apabila pembaca/pengunjung membaca artikel anda, itu sudah dikira artikel anda menarik. Jadi, lebih ramai pembaca yang akan jadikan blog anda sebagai panduan dalam dunia blogging. Cuba libatkan diri dalam ruangan forum yang berkaitan dengan blog anda. Pengunjung/pembaca akan berasa teruja ingin membaca/mengikuti blog anda.

4.       Kerap kemaskini/baharui post di blog anda
Untuk menjadi seorang blogger yang hebat, anda hendaklah sentiasa/kerap baharui post anda. Sentiasa korbankan masa anda untuk menulis post berinformasi untuk para pembaca. Ini akan membantu peningkatan trafik di blog anda.

5.       Blog yang mudah diselongkari/dijelajahi dan pemilihan ‘theme’ yang baik
Memandangkan saya juga adalah seorang blogger yang baru, saya kerap melakukan ‘blogwalking’ iaitu tinggalkan jejak di shoutbox blog yang kita lawati dan meminta pendapat untuk blog saya. Sesetengah blog gemar meletakkan muzik ‘autoplay’ dan ini agak tidak digemari oleh segelintir pengunjung blog. Widget yang terlampau banyak akan menyebabkan ‘loading’ blog anda lambat. Kadar trafik anda juga berkurangan.

6.       Beri bahan percuma
Jika anda suka membaca blog orang lain, anda akan mendapat lebih ‘Ebook’ percuma, kan?? Sebagai contoh ialah percuma bahan seperti ‘Ebook’. Anda mesti cuba untuk memberikan bahan yang baru. Ini untuk meningkatkan kadar pembaca blog anda.

7.       Sentiasa menambah ilmu blogging anda
Untuk menjadi blogger yang hebat, anda mestilah ghairah/teruja dan kerap baharui ilmu blogging anda. Anda mesti meluang sedikit masa untuk membaca dan mengkaji bahan tentang blogging.

Thursday, March 3, 2011

10 Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah S.W.T


*    Lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu
*    Lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
*    Lelaki yang meminum arak tanpa meninggalkannya (taubat)
*    Lelaki yang menjadi imam, sedangkan orang yang menjadi makmum 
      membencinya
*    Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapa
*    Isteri yang mana suaminya marah atau menegurnya, lalu isteri memberontak
*    Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya makmumnya
*    Perempuan yang tidak menutup aurat
*    Orang yang suka makan riba
*    Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan 
      mungkar

Wednesday, March 2, 2011

Bonus Only For Today!!!!! Lets Join Now!!!

Lets join on ChurpChurp today.. Only for today.. The special bonus is only on ChurpChurp!!!! Click link/visit below to join..


Register HERE!!!

Tuesday, March 1, 2011

Cara Tingkatkan Trafik Blog Anda!!

Baru-baru ni saya ada try google cara nak tingkatkan trafik untuk blog saya. Alhamdulillah, walaupun tak tinggi mana trafik tapi tips ni ada jugak membantu saya. Jom baca sama-sama!!!

•Gunakan cara ‘listing
•Tulis post yang orang nak baca
•Tulis post yang tiada had pembacaan (menjadi tumpuan bukan untuk jangka
masa pendek atau tertentu sahaja)
•Cipta satu topik yang anda adalah yang pertama seterusnya menggalakkan
penulis blog yang lain ikut jejak
•Kongsi kepakaran anda untuk menarik ramai blogger mendekati anda
•Post yang ringkas, padat dan penuh bermakna
•Elakkan menulis tentang haiwan , boyfriend atau anak-anak
•Gunakan gambar-gambar yang menarik
•Post gambar anda di ‘flickr’
•Galakkan pembaca untuk membaca post anda
•Tulis dalam bahasa yang anda mahir
•Elakkan post yang membosankan
•Tulis bahan yang orang nak baca dan berkongsi
•Beri penghargaan kepada mereka yang beri anda ilham tentang penulisan anda
•Jangan letakkan banyak sangat link dalam post anda
•Design blog yang menarik
•Post pada hari bekerja kerana lebih ramai pembaca
•Tulis tentang dunia blog
•Topic yang pembaca tidak jemu untuk membaca lagi
•Jangan letakkan ruangan komen dalam post untuk mengelakkan pembaca anda
membuka blog ‘commentator’ anda. (boleh letakkan ruangan komen jika tidak kisah)

10 Tips Penulisan Blog

Saya nak kongsi sikit 10 tips yang banyak membantu saya dalam penulisan blog ni..


1. Buat pembaca faham pendapat kita
Blog kini mendapat perhatian ramai pengunjung terutama dari kalangan pelajar dan segelintir orang luar. Ini kerana penulisan blog ini tidak berformat dan ditulis dengan gaya penulisan pemilik blog itu sendiri. Penulisan yang ringkas dan mudah difahami. Penggunaan kata-kata yang agak santai dan menarik minat pembaca untuk terus membaca. Lagipun pembaca lebih gemar membaca isi yang tidak terlampau panjang. Lebih mudah jika hanya gunakan dialog.

2. Link yang agak gila-gila
Link yang kita buat mestilah dapat menyokong post kita dengan laman web yang lain di mana saling berhubung dengan post kita.

3. Penulisan yang ringkas dan padat
Cuba untuk memberikan sebanyak maklumat yang boleh tapi kurangkan penggunaan perkataan yang tidak penting dan hanya memanjangkan point yang kita hendak sampaikan. Pembaca akan bosan dan mungkin akan terus tutup laman itu. Masa itu mungkin penting bagi sesetengah pembaca yang sibuk. Sampaikan maklumat kepada pembaca dengan cara yang mudah dengan ilmu yang kita ada.

4. 250 patah perkataan sudah mencukupi
Post yang terlampau panjang agak sukar diingati dan sukar untuk mencari point yang ingin disampaikan. Sebaliknya jika post itu pendek dan ringkas. Mudah difahami.

5. Tajuk yang menarik
Tajuk post kita mestilah mantap dan hot. Tajuk post saling berhubung dengan isi post kita. Jadi carilah keyword atau tajuk yang menarik. Secara tidak langsung isi kita dapat disampaikan kepada pembaca.

6. Letakkan senarai atau pananda
Dengan cara menyenaraikan point adalah lebih kemas dan teratur. Mudah diingati dan difahami.

7. Post yang mudah untuk dibaca
Cuba elakkan meggabungkan banyak-banyak point dalam satu perenggan. Setiap point perlu diasingkan untuk lebih mudah difahami dan tidak bercampur-aduk.

8. Kekalkan cara penulisan anda
Ini untuk mengelakkan pembaca setia blog anda terus setia dan tidak berpaling kepada blog yang lain.


9. Selitkan keyword dalam post anda
Cuba fikirkan keywords yang orang selalu search di internet untuk dapatkan maklumat. Pastikan keyword tersebut adalah perkataan asal dan tidak tersasar dari maksud.

10. Kemaskini post anda
Sebelum anda paparkan post anda, pastikan anda semak isi post tersebut dan padam yang mana tidak diperlukan.