Sunday, March 6, 2011

Cara Untuk Menjadi Blogger Hebat


1.       Menghargai pengunjung/pembaca blog anda
Apa maksudnya??? Kita sebagai pemilik blog, kita harus menyediakan ruang untunk pembaca/pengunjung bertanya soalan.  Kita mesti menjawabnya dan memberi dorongan kepada pembaca blog anda. Ini akan mewujudkan komunikasi dua hala antara anda dan pembaca.

2.       Jangan meniru hasil kerja orang lain
Kita boleh lihat kebanyakan karya penulis blog baru, mereka suka menciplak/meniru karya blogger lain. Jika ingin melakukan sedemikian, anda haruslah meminta izin daripada pemiliknya atau  nyatakan dari sumber mana anda mengambilnya. Ini akan membantu anda untuk menjadi seorang blogger yang hebat.

3.       Promosi blog anda
Untuk meningkatkan trafik blog anda, anda haruslah mempromosi blog anda. Apabila pembaca/pengunjung membaca artikel anda, itu sudah dikira artikel anda menarik. Jadi, lebih ramai pembaca yang akan jadikan blog anda sebagai panduan dalam dunia blogging. Cuba libatkan diri dalam ruangan forum yang berkaitan dengan blog anda. Pengunjung/pembaca akan berasa teruja ingin membaca/mengikuti blog anda.

4.       Kerap kemaskini/baharui post di blog anda
Untuk menjadi seorang blogger yang hebat, anda hendaklah sentiasa/kerap baharui post anda. Sentiasa korbankan masa anda untuk menulis post berinformasi untuk para pembaca. Ini akan membantu peningkatan trafik di blog anda.

5.       Blog yang mudah diselongkari/dijelajahi dan pemilihan ‘theme’ yang baik
Memandangkan saya juga adalah seorang blogger yang baru, saya kerap melakukan ‘blogwalking’ iaitu tinggalkan jejak di shoutbox blog yang kita lawati dan meminta pendapat untuk blog saya. Sesetengah blog gemar meletakkan muzik ‘autoplay’ dan ini agak tidak digemari oleh segelintir pengunjung blog. Widget yang terlampau banyak akan menyebabkan ‘loading’ blog anda lambat. Kadar trafik anda juga berkurangan.

6.       Beri bahan percuma
Jika anda suka membaca blog orang lain, anda akan mendapat lebih ‘Ebook’ percuma, kan?? Sebagai contoh ialah percuma bahan seperti ‘Ebook’. Anda mesti cuba untuk memberikan bahan yang baru. Ini untuk meningkatkan kadar pembaca blog anda.

7.       Sentiasa menambah ilmu blogging anda
Untuk menjadi blogger yang hebat, anda mestilah ghairah/teruja dan kerap baharui ilmu blogging anda. Anda mesti meluang sedikit masa untuk membaca dan mengkaji bahan tentang blogging.

2 comments: