Saturday, March 12, 2011

Pengakuan Berani Seorang Wanita !!!!

Pengakuan wanita tersebut..~


"U nak tahu tentang couple check in hotel bajet?Lucunya soalan tu. Ala bro.. jangan kolotlah. Cuba tanya perempuan mana tak suka check in. Dia orang tu saja2 nak test first time. Terus terang i cakap, i dah tak ada dara! ala, standardlah zaman sekarang ni bro. I dulu 1st time dengan BF I. I bukan nak sangat masa tu tapi dia yang nak lebih-lebih. I pun tengah tunggu peluang juga. Maklumlah, banyak terpengaruh dengan cerita lucah."

"Buat apa hilang dara nak menyesal? ala, kita hidup sekali. Benda seronok buat apa nak menyesal. I dah mula dapat feel, tapi BF I pula tinggalkan I. Mungkin dia dah dapat perempuan yang lebih baik. I tak kisah pun tiada jodoh dengan dia. I boleh cari yang lain. I pakai seksi sikit, muka licin sikit pasti lelaki tak nak lepas. Tak lama, seminggu lepas tu, I dah dapat BF baru. 3 hari berkenalan, i check in hotel dengan dia."

"I saja buat macam tu sebab kalau bercinta tanpa check in, ibarat macam tin kosonglah. Takkanlah sekadar pegang tangan, karaoke, main boling je. rata-rata rakan I kebanyakannya dah tak ada dara. Perkara ini bukan perkara yang aneh dan pelik. Kami dah anggap perkara ini biasa bagi pasangan yang hot bercinta. I dah beberapa kali mengandung tapi lepas tu I dah BF I gugurkanlah. I ada scandal dengan laki orang, Dapat juga check in seminggu sekali kecuali masa i period tapi, kami buat ringan-ringan je."

"Alah, sebelum I kahwin, apa salahnya I buat macam ni. Lagipun I bukan buat jenayah pun. Lagi satu i nak cakap, jangan ingat semua perempuan yang bertudung tu baik sangat. Kononnya alim, pemalu, pandai jaga maruah. Saya akui ada yang baik dan pemalu, tapi bukan semua. Segelintir sahaja. Bila hujung minggu, BF datang ambil dan check in hotel. Apa bezanya? Nama saja bertudung, sembahyang tak tinggal, tapi~~,..."

"Senang cakap, kalau dah bercinta tu, tak sah kalau tak check in kat hotel bajet. Dah jadi perkara biasa dah kat KL ni. Apa nak hairan, budak2 sekolah menengah pun ramai dah check in, ramai tak da de dara!"

Astagfirullahalazim..Sampai mcm tu sekali pengakuan wanita tersebut. Aku terkejut membaca artikel ini. Tak sangka maruah mudah digadai. Yelah, tepuk tangan sebelah takkan berbunyi. Kalau kedua-dua pihak tak setuju, takkan jadi bukan?.. Soal dosa pahala ditolak tepi..Nauzubillah!

Sumber : nuraizuddin

3 comments:

  1. sekali berzina je dh cukup untuk menempah api neraka..ini pula berkali2..sekali berzina hukum hudud nyatakan 100 kali sebatan setiap org kalau cukup 4 org saksi yg baik asal usulnya...kalau yg kawin rejam sampai mati..isteri dh ada takkan nk buat dgn org lagi kan..memang patut rejam sampai mati je

    ReplyDelete