Thursday, February 24, 2011

Tunang 'Tanpa Sedar'?

Sory ye korang.. saya ni selalu lambat kan tentang hal-hal penting macam ni.. Tapi at least saya tahu kan.. Erm.. Alang-alang da bukak korang jangan lupa baca tau.. Sapa yang tak tau boleh la baca dan sapa yang dah tau apa salahnya baca untuk ingatkan kalau-kalau dah lupa..


Orang moden zaman sekarang termasuklah saya, mesti akan ingat istilah ‘tunang’ hanya akan berlaku apabila ada rombongan pihak lelaki datang ke rumah dan meminta persetujuan keluarga untuk mengikat pertunangan antara anak-anak mereka. Bukan begitu ke sangkaan ramai pihak???

Mesti ada yang terkebil-kebil bila tau ‘tunang’ pun boleh berlaku ‘tanpa sedar’.. Maksud tanpa sedar tu kan bila seorang lelaki tu menyatakan hasratnya untuk memperisterikan seorang perempuan untuk dijadikan isteri.. Tapi bagi kita zaman sekarang ni ayat-ayat macam tu dah dianggap biasakan.. Dalam situasi ini anda dikira sudah bertunang, walaupun tiada ibu bapa perempuan tersebut..

‘Pinang’ dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan.. Itu dipanggil pinang.. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki itu.

Contoh situasi yang dianggap ‘pinangan’:

• “Aku nak jadikan kamu isteriku
• “Kahwinlah dengan kita bila-bila

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang.. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Lelaki : “I nak jadikan u isteri I lah

Perempuan:”I sukalah, I setuju, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa-apa lagi” yang menunjukkan dia suka dengan pinangan lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya ‘haram’.

Yang selalu dok bawak rombongan cik kiah tu adat je sebenarnya.. Dari segi hukum Islam, sudah dianggap bertunang.

Persoalan:

• Pihak perempuan tiada ibu bapa (ikut hukum syarak perempuan itu sudah diizinkan-contoh : perempuan yang cerdik, yang baligh, yang waras, dia dianggap sudah bertunang)
• Pihak tidak menepati hukum syarak : tidak baligh, tidak waras, gila , maka wali diperlukan untuk menjawab ‘pinangan’ tersebut.

Friday, February 18, 2011

Tips Menutup Aurat

1. Tahu
First korang mesti ade ilmu. Betapa pentingnya menutup aurat bagi Muslimah dan
mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yg menutup aurat, siapa mahram dan
siapa ajnabi, hukum-hakam berkenaan aurat dan sebagainya.

2. Sedar
Penting dlm tuntutan syariah dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin.
Jangan sambil lewa dan acuh x acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. Syiar
Setiap agama ada imejnya tersendiri. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui
ciri-ciri pakaian yg menutup aurat.

4. Fungsi Cermin
Sebelum melangkah keluar rumah dgn yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin,
adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" Jawapannya perlu dijawab
berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.

5. Asingkan
Pakaian ada 2 kriteria iaitu sesuai atau x sesuai dipakai di hadapan ajnabi.
Pakaian yg seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian
di dalam bilik atau di hadapan suami.

6. Malu
Wanita yg x biasa mendedahkan aurat di hadapan ajnabi akan berasa malu, takut,
gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi x bertudung.

7. Wanita Solehah
Bersahabatlah dgn wanita yg solehah supaya dapat menguatkan pendirian dan langkah
seseorang wanita yg ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yg patuh
kepada syariah.

8. Eksklusif
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis
melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan
sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah
dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun
perlu membayar mahar untuk memilikinya

9. Banyak Manfaat
Wanita yg menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih
yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yg memandang, tidak
perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu habis duit untuk beli aksesori itu
dan ini.

Thursday, February 17, 2011

Petua Mencerahkan Kulit Muka

1. Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Setelah sejuk tumbuk biji barli hingga lumat. Bancuh serbuk barli dengan sedikit perahan limau nipis dengan air masak. Sapukan bancuhan tersebut di wajah sebelum waktu tidur. Amalkan setiap hari selama seminggu untuk melihat hasilnya.

2. Amalkan setiap pagi mencuci wajah dengan serbuk teh yang sudah direndam semalaman. Sapukan teh tersebut ke muka dengan menggosoknya perlahan-lahan selama 10 minit. Kemudian cuci dengan air suam.

3. Rendam tiga genggam beras semalaman. Keesokannya tos dan jemur beras tersebut sehingga kering. Setelah kering, tumbuk atau kisar sehingga halus bersama-sama dua hingga tiga helai daun sirih, sepotong ibu kunyit dan segenggam pucuk jambu batu sehingga lumat atau hancur. Bancuh bedak ini dengan air secukupnya dan sapukan pada wajah anda. Selepas 15 hingga 30 minit, barulah cuci wajah anda.

Tuesday, February 15, 2011

Petua Menghilangkan Parut Jerawat

1. Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.


2. Kisar beberapa biji tomato yang telah masak, jangan terlalu masak. Sapukan pada keseluruhan muka. Biarkan semalaman, cuci keeseokannya dan basuh hingga bersih dengan air suam. Hasilnya, bekas dan parut jerawat akan beransur hilang.


3. Ambil kelopak bunga raya merah, tumbuk kelopak tersebut kemudian sapukan pada parut. Biarkan kering kemudian dicuci dengan air suam dan lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.

4. Parut sebiji kentang dan kemudian lumurkan ke wajah anda. Biarkan selama setengah jam dan selepas itu basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu dan Insya-Allah dalam masa satu atau dua minggu anda akan lihat kesannya.


5. Ambil kulit pisang dan sapu di keseluruhan muka anda. Insya-Allah, dalam beberapa hari, parut di wajah anda akan hilang. Terutama parut jerawat yang sukar untuk pudar.

Monday, February 14, 2011

Nak Kuarkan Air Mate Tak??

Helo guys.. Sori lame x update blog ni.. Xtau nak tulis ape sebenarnye.. Kelmarin ade tgk 1 cite ni.. Best la jgk plot cite nye.. Sgt sedey sgt menyayat hati.. Saya teringin sgt nk kongsi ngan korang.. Cite ni mengisahkan seekor anjing (Hachiko) yang ‘lost’ kat stesen keretapi.. Pastu, ade lak seorang mamat ni lalu kat situ.. Kebetulan anjiing 2 pun merayau-rayau xtau nak g mne.. Mamat ni pun amik anjing ni igt nk serah kt pihak yg berkenaan tapi diorg xnak trime.. So, mamat ni tros bwk blik umh sbb xde idea laen dah.. Niat yg pd mulenya nk bg blik kt tuan pnye tros lenyap cm 2 je.. Anjing 2 jd sgt rapat n mesra ngan mamat 2.. Leh di katekan stiap pg mamat 2 nk g keje n balik keje, anjing 2 la yg anta n jemput.. So sweet kn.. Erm.. Tp dah ditakdirkan tuannye meninggal dunia mse bg kuliah kt student dy.. Sian sgt kat anjing (Hachiko) tu, dy tggu tuan dy tp x blik2.. Mcm 2 la rutin harian Hachiko, anta dan jemput tuan dy.. Tp yg sedeynye tuan dy xkan kembali lg.. Anjing 2 sgt setia menanti kepulangan tuan dy tp hanya sia-sia.. Hachiko tggu slame 10 thn tau.. Smpai la dy mati kt tmpt dy slalu tggu tuan dy..

Gambar Hachiko Semasa Masih Hidup

Patung Hachiko yang Dibina Di Depan Stesen Keretapi Shibuya

Download : Part 1,Part 2,Part 3
Subtitle:English

P/s : Kalu rajin tgk la cite ni ye..

Sunday, February 13, 2011

Kamu Kuat Marah????

Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ibu?”Tanya Said.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kit ini bagi melepaskan kemarahanmu, ”jelas ibunya.

Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu,setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu,pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata, “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

“Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal.”

Tuesday, February 8, 2011

Bolehkah Khunsa Menikah?

Dari sudut bahasa, al-khunsa berasal daripada perkatan khanitha yang bermaksud lemah dan kembut. Maka dikatakan, khannatha al-rajulu kalamahu, bermaksud lelaki yang cara pertuturannya seperti perempuan, iaitu lembut dan halus. (Al-Fayumi, al-Misbah al-Munir, hlm.112).

Al-khunsa secara istilah pula ialah seseorang yang mempunyai dua alat kelamin iaitu kelamin lelaki dan kelamin perempuan, atau orang yang tidak mempunyai salah satu daripada alat sulit tersebut, tetapi ada lubang untuk keluar air kencing.(Al-Mawardi, al-Hawi al-Kabir, jil.8, hlm. 168,Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adilatuhu, jil. 8, hlm. 426).

Adapun lelaki yang sekadar menyerupai wanita dari sudut kelembutan, pertuturan, pergerakan atau lain-lain maka dalam bahasa Arab disebut sebagai al-mukhannath. Permasalahan silang gender yang mereka hadapi ialah transgenderis lelaki kepada wanita sehingga menyebabkan mereka ini pada kebiasaanya gemar berperwatakan seperti wanita dalam kehidupan hariannya.
Khunsa terbahagi kepada 2 jenis iaitu,
• Khunsa Musykil atau Hermaphroditisme (khunsa yang sukar ditentukan status jantinanya)
• Khunsa Ghairu Musykil (khunsa yang mudah ditentukan status jantinanya)

Khunsa Musykil

• Telah ditakdirkan Allah mempunyai fizikal berganda atau memiliki 2 jenis alat kelamin iaitu lelaki dan perempuan.
• Kedua-dua alat kelamin itu pula sama-sama dominan, sehingga tidak dapat dibezakan lagi mana yang lebih berpengaruh kepada keperibadian dirinya.
• Hal ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan untuk menetukan status jantinanya.

Khunsa Ghairu Musykil

1. Melihat cara keluar air kencing
• Jika air kencing keluar dari zakar, ini bererti dia adalah lelaki dan begitu jugalah sebaliknya.
• Tetapi jika air kencing keluar dari kedua-dua alat sulit, maka perlulah dilihat yang mana terlebih dahulu keluar. Jika yang keluar terlebih dahulu dari zakar, maka dihukumkan sebagai lelaki, begitu jugalah sebaliknya.
• Jika air kencing keluar dalam tempoh yang sama, maka perlu dilihat mana yang lebih lama keluarnya.
• Jika kedua-duanya sama, maka khunsanya dihukumkan sebagai khunsa musykil.

2. Melihat cara keluar air mani
• Apabila air mani keluar dari alat kelamin lelaki, bererti status hukumnya sebagai lelaki dan begitulah sebaliknya.
• Jika keluarnya berubah-ubah, terkadang dari alat kelamin lelaki dan terkadang dari alat kelamin perempuan, maka khunsanya dikategorikan sebagai khunsa musykil.

3. Keluar darah haid
• Apabila seseorang khunsa mengeluarkan darah haid, maka dikategorikan sebagai perempuan, kerana lelaki tidak akan keluar darah haid dari kemaluannya.
• Jika dia mengeluarkan darah haid dari faraj, tetapi dalam masa yang sama dia mengeluarkan air kencing dari alat kelamin lelaki, maka hal ini dikategorikan sebagai khunsa musykil.

4. Kehamilan dan melahirkan
• Apabila seseorang khunsa boleh hamil dan melahirkan anak, maka dihukumkan sebagai perempuan.

5. Pertumbuhan organ dalaman
• Apabila lelaki al-mukhannath bermisai atau berjanggut, mempunyai kecenderungan untuk mendekati dan mencintai wanita, maka orang tersebut dihukumkan sebagai lelaki.
• Sebaliknya jika payudara tumbuh dan montok, mempunyai kecenderungan dan rasa cinta kepada lelaki, maka dia ditetapkan sebagai perempuan.

Monday, February 7, 2011

Apa Ada Pada Nama?


Panggilan Nama yang Ditegah
Kalau diperhatikan, ada orang yang suka mempermainkan nama orang dengan member pelbagai gelaran yang tidak baik dan disukainya. Para ulama sepakat mengatakan bahawa hukumnya haram. Gelaran-gelaran ini tidak kira sama ada ia disebabkan kekurangan orang itu sendiri seperti jongang, juling, rabun, bisu, bongkok dan sebaginya ataupun disebabkan ia merupakan sifat orang yang berkaitan dengan dirinya seperti kedua-dua ibu bapanya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud
·         Dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.(Surah al-Hujuraat 49:11)

Memanggil Orang Yang Tidak Diketahui Namanya
Jika ingin memanggil seseorang yang tidak dikenali dan tidak diketahui namanya pula, menurut Imam al-Nawai hendaklah dipanggil dia dengan gelaran yang baik-baik seperti Encik, Tuan, Puan, Saudara, Cik dan seumpamanya yang bersesuaian dengan keadaan orang yang dipanggil itu..
Terlupa Nama?
Hasil kajian sebuah agensi di Barat menunjukkan 80% responden mengatakan mereka lebih mengingati wajah ornag yang mereka temui berbanding dengan nama. Sikap sambil lewa juga menjadi punca kita tidak dapat mengingati nama orang. Ada kalanya ketika bersalaman dengan ornag yang baru kita temui, fikiran kita ditumpukan kepada perkara lain. Akibatnya kita tidak dengar dengan jelas nama yang diberitahu. Ada kalanya kita merasakan orang itu tidak penting untuk kita, tidak perlulah kita bersusah payah mengingatinya.
Cara Mengingati Nama
·         Dengar dengan betul
·         Sebut berulang kali
·         Lihat kad nama (Business Card)
·         Tuliskan nama
·         Ulangi ejaan

Sunday, February 6, 2011

Hukum Bulu Kucing

Binatang yang Tidak Halal Dimakan Dagingnya

Jika bulu binatang yang tidak boleh dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya terpisah daripada badannya ketika masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai.(Mughni al-Muhtaj, Kitab al-Taharah, Bab al-Najasah, jil. 1, hlm. 115)


Hubungannya dengan Solat

Menurut syarak, syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang. Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit.(Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jil. 1, hlm. 175)

Waktu-waktu Mustajab Berdoa

• Ketika hujan
• Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat
• Ketika menghadapi musuh dalam peperangan
• Waktu antara azan dan iqamat
• Ketika iktidal yang akhir dalam solat
• Ketika sujud dalam solat
• Ketika khatam al-quran (30 juzuk)
• Sepanjang malam, terutama di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur
• Sepanjang hari Jumaat
• Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa)
• Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib