Monday, February 7, 2011

Apa Ada Pada Nama?


Panggilan Nama yang Ditegah
Kalau diperhatikan, ada orang yang suka mempermainkan nama orang dengan member pelbagai gelaran yang tidak baik dan disukainya. Para ulama sepakat mengatakan bahawa hukumnya haram. Gelaran-gelaran ini tidak kira sama ada ia disebabkan kekurangan orang itu sendiri seperti jongang, juling, rabun, bisu, bongkok dan sebaginya ataupun disebabkan ia merupakan sifat orang yang berkaitan dengan dirinya seperti kedua-dua ibu bapanya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud
·         Dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.(Surah al-Hujuraat 49:11)

Memanggil Orang Yang Tidak Diketahui Namanya
Jika ingin memanggil seseorang yang tidak dikenali dan tidak diketahui namanya pula, menurut Imam al-Nawai hendaklah dipanggil dia dengan gelaran yang baik-baik seperti Encik, Tuan, Puan, Saudara, Cik dan seumpamanya yang bersesuaian dengan keadaan orang yang dipanggil itu..
Terlupa Nama?
Hasil kajian sebuah agensi di Barat menunjukkan 80% responden mengatakan mereka lebih mengingati wajah ornag yang mereka temui berbanding dengan nama. Sikap sambil lewa juga menjadi punca kita tidak dapat mengingati nama orang. Ada kalanya ketika bersalaman dengan ornag yang baru kita temui, fikiran kita ditumpukan kepada perkara lain. Akibatnya kita tidak dengar dengan jelas nama yang diberitahu. Ada kalanya kita merasakan orang itu tidak penting untuk kita, tidak perlulah kita bersusah payah mengingatinya.
Cara Mengingati Nama
·         Dengar dengan betul
·         Sebut berulang kali
·         Lihat kad nama (Business Card)
·         Tuliskan nama
·         Ulangi ejaan

No comments:

Post a Comment