Sunday, February 6, 2011

Hukum Bulu Kucing

Binatang yang Tidak Halal Dimakan Dagingnya

Jika bulu binatang yang tidak boleh dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya terpisah daripada badannya ketika masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai.(Mughni al-Muhtaj, Kitab al-Taharah, Bab al-Najasah, jil. 1, hlm. 115)


Hubungannya dengan Solat

Menurut syarak, syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang. Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit.(Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jil. 1, hlm. 175)

No comments:

Post a Comment