Tuesday, February 8, 2011

Bolehkah Khunsa Menikah?

Dari sudut bahasa, al-khunsa berasal daripada perkatan khanitha yang bermaksud lemah dan kembut. Maka dikatakan, khannatha al-rajulu kalamahu, bermaksud lelaki yang cara pertuturannya seperti perempuan, iaitu lembut dan halus. (Al-Fayumi, al-Misbah al-Munir, hlm.112).

Al-khunsa secara istilah pula ialah seseorang yang mempunyai dua alat kelamin iaitu kelamin lelaki dan kelamin perempuan, atau orang yang tidak mempunyai salah satu daripada alat sulit tersebut, tetapi ada lubang untuk keluar air kencing.(Al-Mawardi, al-Hawi al-Kabir, jil.8, hlm. 168,Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adilatuhu, jil. 8, hlm. 426).

Adapun lelaki yang sekadar menyerupai wanita dari sudut kelembutan, pertuturan, pergerakan atau lain-lain maka dalam bahasa Arab disebut sebagai al-mukhannath. Permasalahan silang gender yang mereka hadapi ialah transgenderis lelaki kepada wanita sehingga menyebabkan mereka ini pada kebiasaanya gemar berperwatakan seperti wanita dalam kehidupan hariannya.
Khunsa terbahagi kepada 2 jenis iaitu,
• Khunsa Musykil atau Hermaphroditisme (khunsa yang sukar ditentukan status jantinanya)
• Khunsa Ghairu Musykil (khunsa yang mudah ditentukan status jantinanya)

Khunsa Musykil

• Telah ditakdirkan Allah mempunyai fizikal berganda atau memiliki 2 jenis alat kelamin iaitu lelaki dan perempuan.
• Kedua-dua alat kelamin itu pula sama-sama dominan, sehingga tidak dapat dibezakan lagi mana yang lebih berpengaruh kepada keperibadian dirinya.
• Hal ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan untuk menetukan status jantinanya.

Khunsa Ghairu Musykil

1. Melihat cara keluar air kencing
• Jika air kencing keluar dari zakar, ini bererti dia adalah lelaki dan begitu jugalah sebaliknya.
• Tetapi jika air kencing keluar dari kedua-dua alat sulit, maka perlulah dilihat yang mana terlebih dahulu keluar. Jika yang keluar terlebih dahulu dari zakar, maka dihukumkan sebagai lelaki, begitu jugalah sebaliknya.
• Jika air kencing keluar dalam tempoh yang sama, maka perlu dilihat mana yang lebih lama keluarnya.
• Jika kedua-duanya sama, maka khunsanya dihukumkan sebagai khunsa musykil.

2. Melihat cara keluar air mani
• Apabila air mani keluar dari alat kelamin lelaki, bererti status hukumnya sebagai lelaki dan begitulah sebaliknya.
• Jika keluarnya berubah-ubah, terkadang dari alat kelamin lelaki dan terkadang dari alat kelamin perempuan, maka khunsanya dikategorikan sebagai khunsa musykil.

3. Keluar darah haid
• Apabila seseorang khunsa mengeluarkan darah haid, maka dikategorikan sebagai perempuan, kerana lelaki tidak akan keluar darah haid dari kemaluannya.
• Jika dia mengeluarkan darah haid dari faraj, tetapi dalam masa yang sama dia mengeluarkan air kencing dari alat kelamin lelaki, maka hal ini dikategorikan sebagai khunsa musykil.

4. Kehamilan dan melahirkan
• Apabila seseorang khunsa boleh hamil dan melahirkan anak, maka dihukumkan sebagai perempuan.

5. Pertumbuhan organ dalaman
• Apabila lelaki al-mukhannath bermisai atau berjanggut, mempunyai kecenderungan untuk mendekati dan mencintai wanita, maka orang tersebut dihukumkan sebagai lelaki.
• Sebaliknya jika payudara tumbuh dan montok, mempunyai kecenderungan dan rasa cinta kepada lelaki, maka dia ditetapkan sebagai perempuan.

1 comment:

  1. wah..ini info terbaek hari nie =_=..thanks coz sharing..

    eh..SKY FOLLOW blog kamu k..

    Diterima Menyertai 100 Penulis Editor!

    ReplyDelete