Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Syahid Kerana Rindu

Syahid Dunia 

Ini merupakan golongan yang berjuang di jalan Allah (berjihad) tetapi niat mereka bukanlah ikhlas kerana Allah taala, malah untuk mendapatkan pujian dan penghargaan. Maka jika mereka mati ketika berperang dalam keadaan sebegini akan digelarkan Syahid dunia. Ini kerana semua orang melihat seolah-olah mereka mati syahid di dunia ini sedangkan mereka langsung tidak mendapatkan apa-apa ganjaran di sisi Allah taala di akhirat kelak.

Syahid Akhirat

Ini merupakan golongan yang pada pandangan mata manusia mereka tidaklah kelihatan sedang berperang di jalan Allah taala. Tetapi jika mereka mati maka mereka akan memperolehi pahala dan ganjaran seumpama orang yang mati syahid. Contohnya seperti yang disebutkan di dalam hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam, ibu yang mati ketika melahirkan anaknya, orang yang mati kerana lemas, orang yang mati kerana sakit perutmenahan rindu dan cinta terhadap seseorang dan dia menjaga dirinya, orang yang mati ketika menuntut ilmu dan lain-lain. Secara zahirnya kita langsung tidak melihat mereka mati dalam keadaan syahid. Tetapi di akhirat kelak, mereka akan mendapatkan ganjaran seperti orang yang mati syahid. Oleh kerana itulah mereka digelarkan Syahid Akhirat. dan taun, orang yang mati kerana

Syahid Dunia dan Akhirat

Ini merupakan golongan yang berjuang di jalan Allah taala dan mereka benar-benar ikhlas di jalan Allah.Jika mereka terbunuh ketika peperangan tersebut maka mereka digelarkan syahid dunia dan akhirat. Ini kerana di dunia manusia semua menjadi saksi bahawa golongan ini berjuang dan di akhirat juga mereka akan datang dengan pahala sebagai orang yang mati syahid di jalan Allah taala.




Maka jelaslah bagi kita, sang perindu juga (sama ada wanita atau lelaki) yang benar-benar menjaga rindunya terhadap kekasihnya dengan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Syarak maka jika dia mati di dalam keadaan sebegini akan memperolehi pahala orang yang syahid di akhirat kelak. Moga Allah menggolongkan kita dikalangan orang yang bersikap perindu sebegini.

Saturday, April 9, 2011

'Erti Cinta' dan 'Pelajaran Dari Cinta'

● Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

●Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

●Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

●Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami arti cinta sebenarnya.

●Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta

●Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahwa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.

●Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

●Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

●Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

●Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu,raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

●Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

●Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

●Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

●Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

●Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

●Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.

●Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

●Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

●Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan karena hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Karena itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

●Kecewa bercinta bukan berarti dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

●Hanya diperlukan waktu seminit untuk mentafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

●Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya, mungkin saja dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kamu benci itu sekadarnya,barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

●Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggung jawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan, cinta akan bertukar menjadi tanggung jawab apabila terbinanya sebuah rumah tangga.

●Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu, jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang dihatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu.

●Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggung jawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan, cinta akan bertukar menjadi tanggung jawab apabila terbinanya sebuah rumah tangga.

●Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu, jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang dihatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu.

●Dalam sebuah percintaan, janganlah kamu sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan. Karena tanpa pertemuan tidak akan ada perpisahan. Menikahlah dengan orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada menikahi orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita karena adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

●Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata.

●Cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta.

●Cinta dimulai dengan senyuman, tuumbuh dengan dekapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Thursday, March 10, 2011

Cintakah Dia??

 
Aku slalu menganggap dia cintakan aku.. Tapi knpe begini akhirnya?? Salah aku ke?? Dia? Atau orang lain?? Tu la dulu mak dah cakap mak x suke kalau kamu berkawan dengan budak ni.. Tengok skang sape yang susah?? Semua susah.. Macam tu ke cinta kalau kaki dan tangan hinggap ke muka?? Korang rase?? Kalau awal2 dia dah buat mcm tu lebih baik tinggalkan.. Knpe ade segelintir pasangan yang still sayang walaupun diperlakukan sebegitu?? Cinta kadang-kadang boleh buat seseorang tu buta.. Pelikkan cinta zaman moden ni.. Sanggup dicederakan dan diseksa sebab sayang.. Korang mesti ade tengokkan video pasangan yang kene sepak terajang tu.. Hmm.. Ape la nak jadi.. Pikirlah sebelum dia menjadi pasangan hidup korang.. Tapia de perkare yang lagi penting, jangan menggabaikan ibu bapa korang.. Jage perasaan diorang.. Setiap ape pesan mereka ade gunanye.. Hubungan yang x direstui ibu bapa sama seperti dimurkai oleh Allah.. Mungkin ade yang dah merasai hubungan yang dimurkai Allah tu kan (mungkin je la).. Mesti time tu baru korang sedar betapa Allah lagi menyayangi korang daripada pasangan masing2.. Cinta pada Allah adalah Agung dan Indah.. Percayalah mencintai Allah akan membuat perjalanan hidup kita lebih indah dan bermakna.. Cinta Allah adalah kekal..

Thursday, February 24, 2011

Tunang 'Tanpa Sedar'?

Sory ye korang.. saya ni selalu lambat kan tentang hal-hal penting macam ni.. Tapi at least saya tahu kan.. Erm.. Alang-alang da bukak korang jangan lupa baca tau.. Sapa yang tak tau boleh la baca dan sapa yang dah tau apa salahnya baca untuk ingatkan kalau-kalau dah lupa..


Orang moden zaman sekarang termasuklah saya, mesti akan ingat istilah ‘tunang’ hanya akan berlaku apabila ada rombongan pihak lelaki datang ke rumah dan meminta persetujuan keluarga untuk mengikat pertunangan antara anak-anak mereka. Bukan begitu ke sangkaan ramai pihak???

Mesti ada yang terkebil-kebil bila tau ‘tunang’ pun boleh berlaku ‘tanpa sedar’.. Maksud tanpa sedar tu kan bila seorang lelaki tu menyatakan hasratnya untuk memperisterikan seorang perempuan untuk dijadikan isteri.. Tapi bagi kita zaman sekarang ni ayat-ayat macam tu dah dianggap biasakan.. Dalam situasi ini anda dikira sudah bertunang, walaupun tiada ibu bapa perempuan tersebut..

‘Pinang’ dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan.. Itu dipanggil pinang.. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki itu.

Contoh situasi yang dianggap ‘pinangan’:

• “Aku nak jadikan kamu isteriku
• “Kahwinlah dengan kita bila-bila

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang.. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Lelaki : “I nak jadikan u isteri I lah

Perempuan:”I sukalah, I setuju, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa-apa lagi” yang menunjukkan dia suka dengan pinangan lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya ‘haram’.

Yang selalu dok bawak rombongan cik kiah tu adat je sebenarnya.. Dari segi hukum Islam, sudah dianggap bertunang.

Persoalan:

• Pihak perempuan tiada ibu bapa (ikut hukum syarak perempuan itu sudah diizinkan-contoh : perempuan yang cerdik, yang baligh, yang waras, dia dianggap sudah bertunang)
• Pihak tidak menepati hukum syarak : tidak baligh, tidak waras, gila , maka wali diperlukan untuk menjawab ‘pinangan’ tersebut.